JANGAN


 JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

 JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

 JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

 JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

 JANGAN ego untuk meminta maaf kalau memang Kita bersalah.

 JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti kita sombong apabila berjaya dan kecewa jika gagal pula.

 JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

 JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

 Jangan lupa share, semoga bermanfaat kepada semua =)

2 comments: